Isnin, 20 Jun 2011

Kejadian Kejar Mengejar



Assalamualaikum .....
          Kepada rakan-rakan PTT Pagar Desa Sepang dan PTT Sepang , para sahabat dan para solihin .....dan salam sejahtera  kepada rakan-rakan yang melawati laman web ini . Di sini Anggota PTT Pagar Desa ingin berkongsi pengalaman bersama rakan-rakan yang mana satu kejadian kejar-mengejar berlaku di Bandar Baru Salak Tinggi. Pada ketika itu PPA001 bersama TA Gelame menaiki kenderaan proton satria kepunyaan TA Gelama dan DSP 001 Mengkarung bersama Atok menaiki kenderaan Suzuki Swfit kepunyaan DSP 001 Mengkarung telah mendapat satu maklumat awam menyatakan ada 4 orang lelaki berbangsa india sedang berlega-lega di sekitar Taman Seroja dan Taman Dahlia Bandar Baru Salak Tinggi . Pada ketika itu waktu kejadian berlaku jam 0345hrs PPA 001 dan TA Gelame berlega-lega di sekitar kawasan taman untuk mencari saspek yang disyaki.

          Kemudian semasa anggota membuat rondaan mereka telah menerima panggilan melalui PTT dari Sentral 01 memaklumkan seorang lelaki didapati sedang berjalan kaki di kawasan hadapan Masjid Bandar Baru Salak Tinggi. PPA 001 bersama TA Gelame menaiki kenderaan terus ke lokasi yang disyaki manakala DSP 001 Mengkarung bersama Atok mengikuti dari belakang. Sampai di tempat kejadian TA Gelame telah cuba menahan lelaki tersebut tetapi lelaki tersebut telah melarikan diri dan berlakulah acara kejar-mengejar antara kami dan saspek. Saspek dapat di tangkap oleh DSP 001 Mengkarung di tempat kejadian. Rakan-rakan boleh melihat gambar di bawah atikel ini.










 
  Begitulah kisah yang berlaku dan saspek terus di bawa ke Balai IPD Sepang untuk siasatan lanjut. Itulah salah satu pengalaman anggota PTT Pagar Desa yang terlibat dalam acara kejar mengejar pada malam tersebut dan kami berharap kepada rakan-rakan semua marilah kita sama-sama berganding bahu untuk membenteras jenayah yang berlaku di kawasan kita. Dalam pada itu juga kami berpendapat betapa pentingnya jika kita mempunyai telefon yang menggunakan fungsi PTT ini kerana di samping kita mempunyai rakan yang ramai di samping itu juga kita dapat membantu pihak PDRM untuk membenteras jenayah di sekitar kawasan kita.

1 ulasan:

  1. Assalammualaikum..

    kpd semua warga PTT Sepang.... TAHNIAH.. diucapkan diatas kejayaan bagi membanteras jenayah....disini kita dpt lihat betapa perlunya PTT di kalangan masyarakat ketika ini bagi membantu pihak berkuasa...

    Aktiviti murni sebegini patut menjadi contoh kpd yg lain...

    walaupun saya berada jauh (Ipoh Perak) Sy selalu mengikuti perkembangan PTT sepang...

    Dalam gambar diatas sy amat mengenali sahabat saya yg berbaju hitam dan bertopi putih (WANAZ) walaupun beliau sibuk disamping tugas2 harian beliau masih boleh meluangkan masa untuk aktiviti murni sebegini....

    TAHNIAH... sekali lagi untuk PTT sepang

    Sekian terima kasih

    dari
    MOHD YUSSOF BIN MAHAMUD
    Ipoh Perak

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...