Ahad, 4 Mac 2012

RUMAH KELAHIRAN RASULULLAH S.A.W


Menyebut tentang library bekas tempat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, 

Saya ingin berkongsi fakta tentang kelahiran nabi dan gambar-gambar esklusif tempat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. 

Pada umumnya, para penulis sejarah Nabi bersepakat bahawa Nabi Muhammad s.a.w lahir pada Tahun Gajah 570 M. 

Baginda nabi adalah insan yang agung dan istimewa serta di anugerahi kelebihan luar biasa oleh Allah s.w.t. Peristiwa luar biasa yang menyelubungi nabi bukan setakat selepas kelahirannya, malah sebelum dan semasa kelahirannya. Peristiwa ini telah di catitkan oleh para sejarawan.

Antara peristiwa luar biasa yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. ialah:-

1)  Aminah, bonda nabi, tidak merasa susah dan jerih payah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil lain semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungannya. Kalau kita seringnya mesti akan rasa morning sickness, sakit pinggang, etc tapi bonda nabi tak mengalami perkara-perkara tersebut.

2) Kehamilannya hanya disedari melalui malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur dan mengatakan kepadanya bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.

3) Kehamilannya disedari dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

4) Ketika Nur Muhammad dimasukkan ke dalam rahim Aminah, tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat kerana Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi akan hal itu. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkan mengenai hal itu.

5) Rasulullah s.a.w dilahirkan pada tahun Gajah bersamaan 20 April 571 M. Pada tahun itu tentera bergajah dari Afrika dibawah pimpinan Abrahah datang untuk meruntuhkan kaabah. Peristiwa bersejarah ini ada di sebutkan di dalam Al Quran, surah Al Fiil. Pada hari tersebut, gajah yang di pimpim oleh tentera Abrahah tidak mahu bergerak ke arah Kaabah  walaupun dipukul.  Pada ketika itu muncullah awan hitam dilangit, dan datang sekumpulan burung burung Ababil setiap seekor burung bawa tiga biji batu kecil dan melepaskan batu batu kecil ini kepada tentera Abrahah. Daging-daging tentera berguguran dan menjadi cair apabila terkena batu-batu tersebut. Kesemua tentera tersebut melarikan diri dan mati. 
Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.
Setelah peristiwa itu Abdul Mutallib tawaf mengelilingi kaabah sebagai tanda syukur. Ketika itu berita kelahiran Nabi SAW pula sampai kepada Abdul Mutalib,menambahkan kegembiraan beliau. Kerana terlalu gembira Abdul Mutalib terus membawa Rasulullah (yang masih bayi kemerahan lagi) ke dalam Kaabah sambil bersyukur kepada Allah dan melakukan tawaf.

6) Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit dan berdiri di hadapannya. Ia berkata `Khabar bahagia untukmu, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera mu akan menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''

Semasa kelahirannya:-

1) Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.

2) Sebaik saja Nabi di lahirkan rumahnya menjadi terang benderang sehingga rumah itu keadaannya menjadi seperti siang hari.

3) Semasa baginda dilahirkan, Aminah menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda.

4) Pada masa yang sama, di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, dan runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

5) Api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya dan amat mengejutkan orang Parsi kerana api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan.

6) Pada masa yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah. 

Selepas kelahiran baginda:

1) Binatang ternakan Halimatuss-Saadiah, ibu susu nabi, seperti kambing dan sebagainya mengeluarkan susu yang banyak. Tumbuhan yang di tanamnya tumbuh subur menghijau.

2) Selain itu, baginda tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat.

3) Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

4) Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda lalu membelah dada baginda dan mengeluar kan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. Hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

Wallaualam, yang baik datangnya daripada Allah s.w.t.



Gambar bulatan menunjukkan lokasi kelahiran Nabi sebelum ia di robohkan dan akhirnya sebuah perpustakaan di bina.



Lakaran asal rumah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, rumah kepada Abdul Mutalib dan Abdullah ibn Abdul Mutalib, seperti yang dipetik dari buku The Hijazi Travels tulisan al-BAtununi (1327 H.E)


lagi lakaran asal rumah baginda



Gambar lama bekas tempat lahir Nabi Muhammad S.A.W yang telah di jadikan library


Lagi gambar tempat lahir Nabi Muhammad S.A.W yang telah di jadikan library


Gambar terbaru


Pemandangan di dalamnya, yang jarang-jarang dapat dilihat







Info ringkas mengenai tapak rumah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w :


Rumah kelahiran baginda di Mekah ini dimiliki oleh Sheikh Abbas Kattan yang membina sebuah perpustakaan di sekeliling lokasi untuk melindungi sktruktur asal rumah itu daripada di musnahkan pada tahun 1951.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...