Malam
Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam
yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh
Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi
semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah
Al-Qadr 97: Ayat 3.
|
Maksudnya: |
" Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam " |
|
|
Ertinya
menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih
baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar
seperti sabda Nabi s.a.w.: |
Maksudnya: |
" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta |
|
mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada |
|
dosa-dosa yang telah lalu " |
|
|
Diriwayatkan
daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba
10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya
dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya.
Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan: |
Maksudnya: |
" Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh |
|
akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. " |
|
|
Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda: |
Maksudnya: |
" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan |
|
dalam malam ganjil. " |
|
|
Pendapat
yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena
pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi
Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam
Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula
terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami
(malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha
mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah: |
Maksudnya: |
" Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar |
|
iaitu malam ke-27. " |
Riwayat
ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah
Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu
terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar. |
|
Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi: |
Maksudnya: |
" Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam |
|
yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. " |
|
Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati |
malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa: |
|
Maksudnya: |
" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah |
|
keampunan-Mu untukku. " |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan